Showing posts with label (Keutamaan Bulan Syaaban). Show all posts
Showing posts with label (Keutamaan Bulan Syaaban). Show all posts

Sunday, 7 July 2013

Penenang Jiwa (Keutamaan Bulan Syaaban)

Penenang Jiwa (Pengubatan &Rawatan) Jilid 1
Terjemahan Kitab  : مكشفة القلوب – IMAM AL-GHAZALI

BAB 101: Keutamaan Bulan Syaaban

-Dirawikan dari Umamah al-Bahili r.a dia berkata ,“Rasulullah SAW bersabda:
“Manakala masuk bulan Syabaan, sucikan dirimu dan perbaiki niatmu.”
-Dari Aisyah r.a, dia berkata,“Rasulullah SAW berpuasa sehingga kami mengatakan, “Tidak berbuka dan berbuka  sehingga kami katakan tidak puasa dan kebanyakan puasanya adalah di bulan Syaaban.” Baginda bersabda:
“Kerana itu bulan di mana manusia lupa darinya antara Rejab dan Ramadan. Itulah bulan di mana amal dinaikkan kepada Tuhan Rabbul ‘Alamin. Maka aku suka amalku dinaikkan dalam keadaanku berpuasa.”
-Dalam Hadis Bukhari Muslim, dari Aisyah r.a, dia berkata ,“Aku tidak melihat sama sekali Rasulullah SAW menyempurnakan puasanya sebulan kecuali bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat baginda lebih banyak puasanya daripada bulan Syaaban.”
-Dikatakan, untuk malaikat di langit ada 2 malam raya dan untuk kaum muslimin di bumi ada 2 hari raya. Malam malaikat itu adalah malam Nisfu Syaaban dan Lailatul Qadar. Sedangkn hari raya kaum muslimin adalah Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Nama-nama lain bagi malam Nisfu Syaaban:

1.   1. Malam Nisfu Syaaban, kadang-kadang disebut malam Bara’ah kerana malam itu dapat menghapuskan dosa setahun. Malam Jumaat boleh menghapuskan dosa seminggu manakala malam Al-Qadar dapat menghapuskan dosa seumur hidup. Ertinya menyambut malam-malam itu dengan beribadah, merupakan sebab penghapusan dosa.

      2. Malam Nisfu Syaaban juga disebut malam Tafkir atau malam Ihya. Dalam Hadis Marfuk disebutkan bahawa siapa menghidupkan 2 malam raya dan malam Nisfu Syaaban, hatinya tidak akan mati pada hari di mana hati-hati mati.

      3. Juga disebut sebagai malam Syafaat. Dalam suatu hadis disebutkan bahawa Rasullah SAW pada tanggal 13, mohon kepada Allah syafaat untuk umatnya. Allah memberinya sepertiga. Kemudian Baginda memohon lagi pada tanggal 14, lalu diberi dua pertiga. Nabi SAW mohon lagi pada tanggal 15 dan diberi seluruhnya kecuali orang yang lari dari Allah dengan membiasakan maksiat.

   4. Malam Makrifah. Imam Ahmad merawikan bahawa Rasullah SAW bersabda: “Pada malam Nisfu Syaaban, Allah meneliti kepada hambanya. Kemudian, Dia mengampuni seluruh penghuni bumi kecuali 2 orang;orang musyrik dan orang yang memberati dengan dosa.”

   5. Terakhirnya, kadang-kala disebut malam Qiamah danTakdir. Sebab suatu  hadis dirawikan oleh Atha bn Yassar: “Pada malam Nisfu Syaaban, dihapuskan oleh Malaikat Maut, setiap orang yang hendak meninggal dunia dari Syaaban ke Syaaban yang lain. Dan seseorang menanam tanaman, menikah isteri serta membangun rumah, di mana namanya telah dihapuskan sebagai orang mati. Tetapi Malaikat Maut tidak melihatnya. Kecuali ketika Dia diperintahkn, maka kemudian mencabutnya.”